Bahasa Melayu Kelantan

Bahasa Melayu Kelantan atau Bahasa Kelantan (tulisan Jawi: بهاس ملايو کلنتن ) atau dikenali juga sebagai "kecek kelate" ialah sebuah Bahasa Austronesian dan bahasa lisan setempat yang digunakan di negeri , Malaysia, dan bahagian utara Terengganu di daerah Besut, Setiu dan Pulau Perhentian juga segelintir di Merapoh, Pahang kerana terdapat orang Kelantan menduduki di sana. Masyarakat di beberapa daerah di Kedah seperti Baling, Sik dan Padang Terap juga bertutur dalam dialek setempat ini disebabkan penduduk Melayu setempat mereka mempunyai darah keturunan Kelantan-Pattani. Malah daerah di Perak seperti Hulu Perak (misalnya di bandar Grik dan Pengkalan Hulu) juga bertutur dalam loghat yang hampir serupa dengan bahasa Melayu Kelantan kerana faktor persempadanan geografinya yang hampir dengan negeri Kelantan. Ia kadangkala tidak dapat difahami penutur bahasa Melayu piawai, walaupun ia mempunyai banyak persamaan.Pada asasnya, ianya ialah bahasa yang sama atau sebuah varian Yawi yang merentasi sempadan di Thailand, Yawi merupakan salah satu bahasa, Yawi (Jawi dalam bahasa Melayu) merujuk kepada terjemahan Arab untuk penulisannya. Bagaimanapun, mungkin terdapat beberapa perbezaan pendapat antara sebelah Yawi dan sebelah Kelantan, satu kajian terperinci perlu dilakukan untuk mengetahui siapa yang benar-benar mengetahui.Kelantan secara tradisinya menulis Arab, sebagai Yawi. Terdapat pendapat mengatakan yang adalah sepenuhnya bertentangan dengan bahasa Melayu baku, dan bahasa Melayu Kelantan adalah lebih tua dan mempunyai sejarah yang lebih bermakna (menulis Bahasa Arab) daripada bahasa Melayu baku. Ianya berakraban dengan Bahasa Melayu Terengganu tetapi berbeza dengan bahasa Melayu baku.Demo iley kawe demo ado dio kalu kawe iley demo kawe takdop sapo² boh sorei diri jah soyok rabok hati kawe